INFAQ MUHAMMADI - INFAQ HARI ISNIN; HARI KEPUTERAAN RASULULLAH ﷺ
![INFAQ MUHAMMADI - INFAQ HARI ISNIN; HARI KEPUTERAAN RASULULLAH ﷺ INFAQ MUHAMMADI - INFAQ HARI ISNIN; HARI KEPUTERAAN RASULULLAH ﷺ](https://fatim.onpay.my/media/forms/9-infaq-muhammadi-1697184625.jpg)
Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
Hari Keputeraan Rasulullah ﷺ merupakan hari yang amat barakah dan penuh dengan rahmat Allah SWT.
Apa tidaknya pada hari Isnin diputerakan Nabi ﷺ dan permulaan diturunkan wahyu kepada Baginda ﷺ.
Cahayanya amat berserakan dan meliputi sehingga Allah SWT Memerintahkan manusia bergembira sebagaimana firmanNyq di dalam surah Yunus ayat 58 :
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan".
Mufassir menyatakan bahawa nikmat Allah yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah keputeraan Nabi ﷺ.
Sempena Isnin yang bercahaya, As Sofa mengajak untuk kita sama-sama menyumbang dalam Infaq Muhammadi; Infaq kerana menzahirkan gembira dan syukur.
Segala infaq dan sumbangan adalah untuk membantu pembelian bangunan Darul Quran wal Hadith As Sofa di Ampang Selangor.
Moga kita semua dikumpulkan Allah bersama Ahli Quran di akhirat nanti dan dikurniakan syafaat Al Quran. Aamiin
![](https://cdn.onpay.my/users/fatim/media/uploads/PEMBACAAN KUTUB SITTAH.jpg)
![](https://cdn.onpay.my/users/fatim/media/uploads/PENGAJIAN HADITH PASCA DIPLOMA.jpg)