WAQAF AL QURAN MUSHAF HUFFAZ AS SOFA

PELUANG BERWAQAF AL QURAN MUSHAF HUFFAZ AS SOFA
Al Quran merupakan mukizat teragung yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Antara keistimewaan umat Nabi Akhir Zaman, ini ialah kemuliaan menghafaz ayat-ayat al Quran yang tidak dikurniakan kepada umat sebelumnya.
Allah Ta'ala berfirman dalam surah Al Hijr ayat 9:
"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Kami-lah yang memelihara serta meniaganya."
Justeru, bagi merancakkan lagi minat menghafal Al Quran dalam kalangan penuntut ilmu, maka Kolej Islam As Sofa (KIS) selaku sebuah institusi pendidikan yang mengutamakan penguasaan Al Quran dan sunnah Rasulullah ﷺ, telah berusaha menerbitkan naskhah Al Quran khusus bagi membantu proses penghafazan Al Quran.
Naskhah Al Quran yang dinamakan sebagai Mushaf Huffaz As Sofa ini disusun lengkap dengan:
1) Panduan Hukum Tajwid
2) Perincian Tema Ayat
3) Waqaf & Ibtida'
4) Perbandingan Ayat Mutasyabihat
5) Tips Hafazan
Kita mensasarkan sebanyak 1500 mushaf untuk diwaqafkan buat para huffaz yang terpilih dari seluruh negara.
Satu bahagian : RM 15
Satu mushaf : RM 150
Semoga usaha mulia ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi jariah yang akan mensyafa'at kita di akhirat kelak.
Ilmuan & Ulama'
Wakaf Kepada Pelajar Institut Imam Ahmad ibn Idris (Aliran Tahfiz)
Wakaf Kepada Pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa
Mushaf Huffaz As Sofa yang digunakan oleh pelajar Institut Imam Ahmad
ibn Idris (Aliran Turath) dalam Halaqah Quran
Pengajian Al Quran di Maahad Taufiqi